Pages

Thursday 22 May 2014

Anak sulung pasangan Beckham mulakan kerja di kedai kopi - IBU BAPA SUPERSTAR

Anak sulung pasangan Beckham mulakan kerja di kedai kopi

LONDON: Walaupun mempunyai ibu bapa berstatussuperstar, Brooklyn Beckham masih lagi perlu bekerja untuk mempunyai wang poket sendiri.

Menurut laporan beberapa portal hiburan antarabangsa, anak sulung pasangan David dan Victoria Beckham itu telah memulakan tugas di sebuah kedai kopi atau cafe di barat London.

Beckham
Anak-anak Beckham: Brooklyn (kiri), Romeo (kanan) dan Cruz (tengah) bermain bersama-sama ketika menemani ayah mereka berlatih pada April tahun lalu. --AFP PHOTO / BERTRAND GUAY

Brooklyn menerima bayaran sekitar £2.60 (atau RM14.07) sejam kerana masih berusia di bawah 16 tahun di mana syarat gaji minimum tidak digunapakai.

Namun begitu, bayaran yang diterima Brooklyn itu dikatakan yang paling rendah bagi seseorang berusia antara 16 hingga 18 tahun dan tidak mempunyai pengalaman.

Syarat bagi peraturan bekerja bawah usia 15 tahun pula ialah dia tidak boleh bekerja lebih dari tujuh jam sehari dan perlu diberikan rehat setiap empat jam bekerja.

Satu sumber rapat dengan keluarga tersebut berkata kepada portal The Sun (UK), pasangan Bekcham itu mahu anak mereka belajar kesusahan untuk mencari wang sendiri dan mahu anak-anaknya mengenal erti kerja keras.

Family
Keluarga Beckham ketika menghadiri sebuah majlis pada penghujung tahun lalu. -- AFP PHOTO / LEON NEAL
 
Dalam satu temubual, legenda bolasepak David pula berkata kepada portal London Evening Standard, mereka cuba memberikan contoh terbaik kepada anak-anak.

"Itulah antara salah satu kunci utama saya dan isteri selalu lakukan. Kami menguruskan segala-galanya kerana apa yang penting ialah anak-anak, dan bekerja keras adalah salah satu contoh yang terbaik untuk ditunjukkan kepada mereka,” ujarnya.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Sebar keratan tiket ke Bangkok: Hanez Suraya, teman lelaki saman MAS

Sebar keratan tiket ke Bangkok: Hanez Suraya, teman lelaki saman MAS

Sebar keratan tiket ke Bangkok: Hanez Suraya, teman lelaki saman MAS
Hanez mendakwa sebelum menaiki pesawat itu, beliau dan Romie menyerahkan tiket mereka kepada tiga petugas di pintu G8 - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Pelakon Hanez Suraya dan teman lelakinya  memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System Bhd (MAS) kerana mendakwa petugas syarikat penerbangan itu menyebarkan keratan tiket penerbangan mereka ke Bangkok, Thailand di laman sosial pada bulan lepas.

Hanez Suraya, atau nama penuhnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, dan Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, memfailkan writ saman itu melalui sistem e-Filing Mahkamah Tinggi di sini menerusi firma guaman Tetuan Harjit Sandhu.

Dalam penyataan tuntutannya, pelakon yang memegang watak antagonis dalam drama bersiri 'Love You Mr Arrogant' itu berkata pada 20 April lepas, beliau dan Romie menggunakan perkhidmatan MAS ke Bangkok dan berlepas dari pintu G8 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang dengan pesawat MH0788.

Hanez Suraya mendakwa sebelum menaiki pesawat itu, beliau dan Romie menyerahkan tiket mereka kepada tiga petugas di pintu G8 yang memakai pakaian seragam defendan.

Beberapa jam selepas mendarat di Bangkok, Hanez Suraya dan Romie dimaklumkan bahawa keratan tiket penerbangan mereka telahpun dimuat naik ke suatu akaun Facebook dikenali sebagai 'Kami Sokong Liyana Manan'.

Hanez Suraya berkata beliau dan teman lelakinya kemudian memeriksa akaun itu dan mendapati ada lebih 1,000 komen negatif berunsur cemuhan serta cacian terhadap mereka.

Sehubungan itu, plaintif mendakwa tindakan MAS dan/atau petugasnya mendedahkan keratan tiket penerbangan berkenaan di laman sosial adalah tidak beretika serta melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010.

Pelakon itu berkata beliau dan Romie, pada 21 April lepas, melalui peguam mereka menghantar surat, yang antara lain, meminta penjelasan defendan serta ganti rugi bagi perlanggaran APDP selain bertemu pegawai MAS bernama Puan Masitoh, Encik Muhammad Fauzi Mahayuddin serta Encik Nor Azuan Ismail pada 24 April, yang memaklumkan bahawa defendan memerlukan sedikit masa untuk menyiasat perkara berkenaan.

Pada 29 April lepas, plaintif mendakwa mereka menerima surat daripada pihak MAS meminta agar salinan tiket penerbangan itu diserah kepada defendan untuk tindakan lanjut dan permintaan itu dipenuhi hari berikutnya.

Pada 8 Mei lepas, pelakon itu dan teman lelakinya melalui peguam mereka menghantar surat kepada MAS memberi tempoh sehingga 12 Mei berhubung perkara berkenaan namun sehingga kini mereka masih tidak menerima sebarang jawapan.

Hanez Suraya dan Romie mendakwa akibat perbuatan tidak beretika dan tidak bertanggungjawab pihak MAS, gambar keratan tiket penerbangan itu disebar secara meluas di laman sosial, blog serta akhbar tempatan menyebabkan mereka mengalami gangguan dan tekanan emosi.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan untuk ditaksir oleh mahkamah, faedah pada kadar lima peratus setahun dari tarikh saman difail sehingga penyelesaian penuh, kos dan perintah serta relif lain yang dianggap wajar.

Hanez Suraya, ketika ditemui pemberita, berkata tindakan saman diambil kerana penyebaran keratan tiket penerbangan itu mengganggu pergerakan hariannya.

"Ini soal privasi dan keselamatan saya," katanya.

Beliau ditemani peguam Harjit Sandhu dan Wan Nurliyana Abdul Rahman. Harjit pula berkata writ saman akan diserah kepada MAS selewat-lewatnya esok.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Tuesday 22 April 2014

9 Tempat Paling Pelik Di Dunia

9 Tempat Paling Pelik Di Dunia
Fly Geyser adalah perkara yang pelik di bumimerupakan air mata air yang terpancut keluar


9 Tempat paling Pelik Di Dunia - Planet Bumi adalah suatu ciptaan yang menakjubkan untuk diteroka dengan daya tarikan nilai estetika. Malah di era ini sarap dengan teknologi ini, wujudbeberapa tempat yang akan ditemui atau dianggap sebagai pelik. Mari kita lihat 9 tempat-tempat yangpaling pelik di bumi.


1. Kauai, Hawaii

kauai,+hawaii
Kauai adalah pulau yang paling kuno di Hawaii yang juga yang keempat terbesar yang terletak di pulau-pulau utama. Lava ditepi pantai membuat pengalaman duniawi di sini yang menakjubkan dan sungguh pelik.



2. Spotted Lake, Osoyoos

spotted-lake

Tasik Spotted, tasik masin yang terletak di barat laut Osoyoos, British Columbia. Apabila air menyejatpada musim panas, bintik-bintik besar mineral tertinggal yang memberikannya nama.



3. Aurora Borealis (North Pole)
 
aurora-borealis

Aurora atau cahaya kutub utara, cahaya yang sungguh cantik secara semula jadi menerangi langitpada waktu malam di rantau kutub. Ia dianggap sebagai "Tarian daripada Roh" oleh orang-orangCree.



4. Fly Geyser, Reno




Fly Geyser adalah perkara yang pelik di bumimerupakan air mata air yang terpancut keluar. Iaterdiri daripada dua geisar di mana salah satu itu dalam keadaan tidak aktif manakala yang lain memancut.



5. Socotra

35654ytfhg

Socotra adalah tempat yang paling asing yang terletak di Afrika di mana anda boleh mencari payungberbentuk pokok darah, pokok berair gergasi, pokok timun dan lain flora dan fauna secara eksklusifhabitat ditempat ini.



6. Rio Tinto

Rio-Tino

Rio Tinto. Ia berasal dari pergunungan Sierra Andalusia dan berwarna merah mungkin disebabkanhingga kini besi dan mineral lain yang telah ditambah melalui perlombongan lama di kawasan itu.



7. Moeraki, New Zealand

moeraki

Moeraki adalah besaraneh, batu-batu sfera ditemui di Pantai KoekoheIni adalah berpunca darienapan di lantai laut.



8. Pamukkale

pamukkale

Kolam Pamukkale adalah terletak di Turki dan adegan pelik ditonton oleh penduduk bumiIniterbentuk daripada kalsium karbonat yang mendapat didepositkan apabila air disejat.



9. Racetrack Playa
RaceTrack

Racetrack Playa terletak di California dan dikenali kerana batu-batu layar terletak di sini. Di sini batu-batu bergerak dari kedudukan asal mereka menjadi seperti treck.

ADAM, FIZA ELITE DI DAKWA FAILKAN PERCERAIAN

Didakwa Failkan Perceraian Dengan Adam, Fiza Elite Update Instagram Elak Beri Kenyataan


ISU & KONTROVERSI
Didakwa Failkan Perceraian Dengan Adam, Fiza Elite Update Instagram Elak Beri Kenyataan
Pada bulan September tahun lalu, Adam AF mengejutkan para pengikut tegar industri hiburan tempatan apabila mengumumkan mahu berkahwin dengan Fiza Elite yang ketika itu bergelar janda anak dua.
Hanya dengan perkenalan singkat, kedua-duanya berjaya mengikat tali pernikahan dalam majlis serba sederhana di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam.
Bagaimanapun, sebulan selepas hidup bersama, tersebar pula cerita kurang enak apabila pasangan ini dikatakan bergaduh besar di stesen minyak dipercayai akibat perasaan cemburu Adam.
Toyota Fantastic Rewards April 2014

Didakwa Failkan Perceraian Dengan Adam, Fiza Elite Update Instagram Elak Beri Kenyataan
Foto romantis Fiza dan Adam selepas berkahwin
Selepas menjelaskan hubungan mereka berada dalam keadaan baik, sekali lagi perkahwinan Adam dan Fiza jadi bahan perhatian apabila bekas penyanyi kumpulan Elite itu dilihat memadam gambar-gambar suaminya di Instagram.
Dan pada hujung minggu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan Fiza telah pergi ke mahkamah baru-baru ini bagi merujuk masalah rumahtangga ke pejabat agama.
Dalam masa yang sama, terdapat sumber-sumber menyatakan Fiza sebenarnya memfailkan perceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor.
Oleh kerana berita tersebut masih samar-samar, OHBULAN! menghubungi Fiza namun pelakon itu seakan cuba mengelak dari memberikan kenyataan dengan meminta supaya dihubungi sebentar lagi atas alasan sedang menguruskan sesuatu. Panggilan telefon yang dibuat selepas itu juga tidak diangkat seperti yang dijangka.
Namun begitu, Fiza berkongsi sekeping fotonya sedang memakai telekung di Instagram dan memberitahu enggan lagi ditebak dengan soalan kontroversi itu selain berharap semua pihak dapat memahami situasinya.
Didakwa Failkan Perceraian Dengan Adam, Fiza Elite Update Instagram Elak Beri Kenyataan
Didakwa Failkan Perceraian Dengan Adam, Fiza Elite Update Instagram Elak Beri Kenyataan
Adam pula gagal dihubungi sehingga kini. Mungkin kedua-duanya masih mencari waktu yang sesuai untuk menjernihkan keadaan.

sUMBER : yUSMIRNADIA 

Subhanallah Bunga Mekar Ketika Azan Dikumandangkan



Bunga Ini Mekar Saat Mendengar Adzan

bungaMekarDi Ajerbaizan terjadi fenomena alam yang sungguh mengagumkan. Sejumlah bunga bermekaran ketika mendengar lantunan adzan berkumandang. Seperti apa?
Seakan suara adzan yang mengalun merdu membangunkan bunga-bunga yang sedang tertidur. Stasiun televisi CNN dalam saluran videonya menayangkan fenomena mukjizat lantunan adzan itu.
Bunga-bungan yang mulanya kuncup secara ajaib ‘terbangun’ dan bermekaran tatkala adzan berkumandang. Fenomena luar biasa ini pun langsung mendapat perhatian media-media barat.
Dalam siaran persnya yang diunggah di Youtube, nampak bunga berwana kuning masih dalam kondisi kuncup sebelum adzan berkumandang. Saat suara adzan mengalun, bunga-bunga tersebut pun mekar.
Alhasil bunga-bunga ini selalu mekar setiap lima waktu shalat. Mulanya CNN tak percaya dengan fenomena ini. Hal tersebut bisa dilihat dari reaksi reporter dalam video tersebut.
Nampak reporter CNN terkesima atas fenomena yang terjadi. Tatkala suara adzan berkumandang, bunga-bunga di video tersebut langsung mekar, sang reporter pun nampak kaget.
Tidak sabar melihat bagaimana fenomena alam tersebut? Simak mukjizat bunga mekar saat mendengar lantunan suara adzan pada link video Youtube berikut ini, http://www.youtube.com/watch?v=_0uqgB3js1g&feature=related