Pages

Thursday 22 May 2014

Anak sulung pasangan Beckham mulakan kerja di kedai kopi - IBU BAPA SUPERSTAR

Anak sulung pasangan Beckham mulakan kerja di kedai kopi

LONDON: Walaupun mempunyai ibu bapa berstatussuperstar, Brooklyn Beckham masih lagi perlu bekerja untuk mempunyai wang poket sendiri.

Menurut laporan beberapa portal hiburan antarabangsa, anak sulung pasangan David dan Victoria Beckham itu telah memulakan tugas di sebuah kedai kopi atau cafe di barat London.

Beckham
Anak-anak Beckham: Brooklyn (kiri), Romeo (kanan) dan Cruz (tengah) bermain bersama-sama ketika menemani ayah mereka berlatih pada April tahun lalu. --AFP PHOTO / BERTRAND GUAY

Brooklyn menerima bayaran sekitar £2.60 (atau RM14.07) sejam kerana masih berusia di bawah 16 tahun di mana syarat gaji minimum tidak digunapakai.

Namun begitu, bayaran yang diterima Brooklyn itu dikatakan yang paling rendah bagi seseorang berusia antara 16 hingga 18 tahun dan tidak mempunyai pengalaman.

Syarat bagi peraturan bekerja bawah usia 15 tahun pula ialah dia tidak boleh bekerja lebih dari tujuh jam sehari dan perlu diberikan rehat setiap empat jam bekerja.

Satu sumber rapat dengan keluarga tersebut berkata kepada portal The Sun (UK), pasangan Bekcham itu mahu anak mereka belajar kesusahan untuk mencari wang sendiri dan mahu anak-anaknya mengenal erti kerja keras.

Family
Keluarga Beckham ketika menghadiri sebuah majlis pada penghujung tahun lalu. -- AFP PHOTO / LEON NEAL
 
Dalam satu temubual, legenda bolasepak David pula berkata kepada portal London Evening Standard, mereka cuba memberikan contoh terbaik kepada anak-anak.

"Itulah antara salah satu kunci utama saya dan isteri selalu lakukan. Kami menguruskan segala-galanya kerana apa yang penting ialah anak-anak, dan bekerja keras adalah salah satu contoh yang terbaik untuk ditunjukkan kepada mereka,” ujarnya.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Sebar keratan tiket ke Bangkok: Hanez Suraya, teman lelaki saman MAS

Sebar keratan tiket ke Bangkok: Hanez Suraya, teman lelaki saman MAS

Sebar keratan tiket ke Bangkok: Hanez Suraya, teman lelaki saman MAS
Hanez mendakwa sebelum menaiki pesawat itu, beliau dan Romie menyerahkan tiket mereka kepada tiga petugas di pintu G8 - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Pelakon Hanez Suraya dan teman lelakinya  memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System Bhd (MAS) kerana mendakwa petugas syarikat penerbangan itu menyebarkan keratan tiket penerbangan mereka ke Bangkok, Thailand di laman sosial pada bulan lepas.

Hanez Suraya, atau nama penuhnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, dan Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, memfailkan writ saman itu melalui sistem e-Filing Mahkamah Tinggi di sini menerusi firma guaman Tetuan Harjit Sandhu.

Dalam penyataan tuntutannya, pelakon yang memegang watak antagonis dalam drama bersiri 'Love You Mr Arrogant' itu berkata pada 20 April lepas, beliau dan Romie menggunakan perkhidmatan MAS ke Bangkok dan berlepas dari pintu G8 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang dengan pesawat MH0788.

Hanez Suraya mendakwa sebelum menaiki pesawat itu, beliau dan Romie menyerahkan tiket mereka kepada tiga petugas di pintu G8 yang memakai pakaian seragam defendan.

Beberapa jam selepas mendarat di Bangkok, Hanez Suraya dan Romie dimaklumkan bahawa keratan tiket penerbangan mereka telahpun dimuat naik ke suatu akaun Facebook dikenali sebagai 'Kami Sokong Liyana Manan'.

Hanez Suraya berkata beliau dan teman lelakinya kemudian memeriksa akaun itu dan mendapati ada lebih 1,000 komen negatif berunsur cemuhan serta cacian terhadap mereka.

Sehubungan itu, plaintif mendakwa tindakan MAS dan/atau petugasnya mendedahkan keratan tiket penerbangan berkenaan di laman sosial adalah tidak beretika serta melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010.

Pelakon itu berkata beliau dan Romie, pada 21 April lepas, melalui peguam mereka menghantar surat, yang antara lain, meminta penjelasan defendan serta ganti rugi bagi perlanggaran APDP selain bertemu pegawai MAS bernama Puan Masitoh, Encik Muhammad Fauzi Mahayuddin serta Encik Nor Azuan Ismail pada 24 April, yang memaklumkan bahawa defendan memerlukan sedikit masa untuk menyiasat perkara berkenaan.

Pada 29 April lepas, plaintif mendakwa mereka menerima surat daripada pihak MAS meminta agar salinan tiket penerbangan itu diserah kepada defendan untuk tindakan lanjut dan permintaan itu dipenuhi hari berikutnya.

Pada 8 Mei lepas, pelakon itu dan teman lelakinya melalui peguam mereka menghantar surat kepada MAS memberi tempoh sehingga 12 Mei berhubung perkara berkenaan namun sehingga kini mereka masih tidak menerima sebarang jawapan.

Hanez Suraya dan Romie mendakwa akibat perbuatan tidak beretika dan tidak bertanggungjawab pihak MAS, gambar keratan tiket penerbangan itu disebar secara meluas di laman sosial, blog serta akhbar tempatan menyebabkan mereka mengalami gangguan dan tekanan emosi.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan untuk ditaksir oleh mahkamah, faedah pada kadar lima peratus setahun dari tarikh saman difail sehingga penyelesaian penuh, kos dan perintah serta relif lain yang dianggap wajar.

Hanez Suraya, ketika ditemui pemberita, berkata tindakan saman diambil kerana penyebaran keratan tiket penerbangan itu mengganggu pergerakan hariannya.

"Ini soal privasi dan keselamatan saya," katanya.

Beliau ditemani peguam Harjit Sandhu dan Wan Nurliyana Abdul Rahman. Harjit pula berkata writ saman akan diserah kepada MAS selewat-lewatnya esok.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my